Isnin, 3 Ogos 2009

Permulaan Yang Baik

KEMALA: Batu bercahaya (berasal dari binatang) yang mempunyai berbagai hikmat.

KEMALA INDAH: Batu bercahaya yang indah.


Siapakah Kemala?
Kemala merupakan nenek kepada ayahanda saya. Moyang saya la tu. Nama sebenarnya ialah Che Kemala. Saya sendiri, Zaidi bin Ab Halim bin Awang Hamat bin Sulaiman.

KI FARM

Pembinaan bangsal pertama bermula pada 20 Julai 2009 dengan dibantu 2 orang anak saudara. Bangsal diperbuat dari pokok buluh sahaja. Jimat kos dan lagipun pokok tu banyak terdapat di tanah pusaka arwah ayah tercinta. Bangsal bersaiz 42 ka x 12 ka telah menelan belanja RM50.00, ini kos pengangkutan lori En Pawi.

Arnab yang ada hingga kini hanya 4 pejantan dan 6 ekor betina. Baka tempatan semuanya setakat ini. 2 ekor telah melahirkan anak pada 12 Jul 09 (3 ekor) dan 29 Jul 09 (5 ekor). Seekor lagi sedang menunggu hari.

Sasaran;

  1. Induk tempatan akan digenapkan menjadi 20 ekor.
  2. Oktober 09, akan bermula proses untuk mendapatkan baka luar negara. InsyaAllah sebanyak 40 ekor.